Selasa, 25 Jun 2013

Koleksi Inovasi Saya

Pembangunan Inovasi  Smart Automotive Wet Battery

Kajian inovasi & Pengalaman

Sejarah Tercetusnya Idea Inovasi
Semenjak tahun 2010, saya mengalami masalah bateri yang rosak atau hayat bateri yang pendek iaitu adakalanya kurang daripada setahun penggunaanya.Sungguhpun saiz bateri telah saya tukarkan ( iaitu Saiz bagi bateri Kancil adalah NS40 ditukar ke saiz bateri Proton Saga NS 60) masalah tersebut masih terus berlaku.
Punca Jangkahayat Bateri Pendek serta Kerosakkan bateri.
Menurut pengalama serta kajian saya, Antara punca jangkahayat bateri sel basah  lebih pendek daripada sepatutnya adalah seperti berikut :
1.       Pernah mengalami air bateri kering akibat lupa untuk diperiksa dan ditambah.
2.       Menambah peralatan elektrik contohnya Kipas tambahan ( seperti kereta saya ).
3.       Penggunaan air bateri atau air suling ( boleh menyebabkan cas bateri berkurang ).
4.       Tidak menukar air bateri ( Penukaran air bateri perlu dibuat 6 hingga 12 bulan dengan air bateri asli bukanya air suling ).
5.       Kualiti Bateri .( Bateri berkualiti baik adalah lebih berat daripada bateri berkualiti rendah. Ini adalah kerana bateri berkualiti tinggi mengandungi lapisan timah yang lebih banyak di dalam bateri tersebut).
6.       Tugas bateri yang lebih banyak membekalkan elektrik kepada alat elektrik dalam kereta daripada cas yang dikeluarkan oleh alternator.
7.       Jangkamasa starter dipusing atau semasa enjin hendak dihidupkan  lebih 10 saat boleh merosakkan bateri yang mengakibatkan kepingan timah di dalam bateri patah.
Jangkahayat terbaik yang pernah saya ketahui adalah selama 3 tahun lebih  bagi bateri berkualiti tinggi manakala bateri kualiti rendah pula hanya 1 tahun lebih.Namun ada juga bateri yang bertahan sehingga 5 tahun lebih.

Deskripsi Bateri
Bateri kereta terdapat deskripsinya yang tersendiri.Biasanya atas bateri akan tertulis NS40,NS60 atau NS70.Huruf 40,60 & 70 tersebut adalah membawa maksud dalam masa 10 jam bateri tersebut mampu mengeluarkan ampiar.Contohnya NS40 ( bagi bateri kereta KANCIL )bermaksud bateri tersebut mampu membekalkan elektrik sebanyak 4 Ampiar selama 10 jam.

Air Bateri
Air bateri yang berkualiti tinggi memang sukar diperolehi.Bagi bateri baru,air bateri tersebut akan mengandungi aisid sulfrik yang seimbang dengan air suling .Penggunaan alat Hydrometer amat diperlukan bagi kita mengenalpasti kandungan asid sulfrik dengan Air suling.Penggunaan air suling juga tidak menjamin jangkahayat bateri akan panjang kerana saya telah mencubanya namun bateri yang saya gunakan masih tidak mencapai umur setahun.Bagi air hujan pula, ianya didapati baik bagi bateri berkualiti tinggi kerana boleh mencapai jangkahayat yang sepatutnya iaitu 3 tahun lebih.

Alat-alat serta bahan  membuat kajian Bateri.
Semasa kajian berkenaan bateri sel basah, saya telah menguji 5 unit bateri iaitu 2 bateri baru ( salah satunya bateri berkualiti tinggi ) manakala 3 unit bateri terpakai.(.Salah satu bateri terpakai ini adalah yang sudah rosak teruk ). Status bateri tersebut adalah seperti berikut :
1.       Bateri baru  berkualiti Tinggi ( Jenis Berat )
2.       Bateri baru Berkualiti Rendah ( Jenis ringan )
3.       Bateri Berkualiti Rendah terpakai yang masih elok berusia lebih 2 tahun
4.       Bateri Berkualiti Rendah terpakai yang masih kurang elok berusia lebih 2 tahun
5.       Bateri Berkualiti Rendah terpakai yang tidak  elok berusia kurang 2 tahun

Alat-alat untuk kajian ini pula adalah seperti berikut :
1.       Hydrometer – menguji kandungan aisid sulfrik
2.       Multimeter -  Menguji voltan serta cas elektrik
3.       Backup battery atau UPS – Menguji ampiar bateri serta keupayaan bateri memusingkan starter.

Jenis ujian serta Kajian

1.       Ujian Voltan.
Ujian voltan telah saya lakukan dengan 3 cara iaitu :
a.       Ujian Voltan Bateri
Ujian ini dilakukan dengan menggunakan multimeter iaitu antara terminal Positif dengan terminal Negatif. Saya dapati biarpun Voltan yang cukup sebanyak 12 volt, ianya tidak menjamin bateri tersebut mampu menghidupkan enjin kereta atau memusingkan starter.Bagi bateri baru, saya dapati Voltan bateri tersebut mencecah 15 volt DC.
b.      Ujian Voltan air bateri
Ujian ini dilakukan dengan menggunakan multimeter iaitu antara tiap lubang mengisi air bateri.Bagi bateri yang baru, saya dapati antara setiap lubang bacaan voltan adalah sebanyak 2.2 Volt DC. Bagi bateri yang sudah lebih setahun pula bacaan volttan adalah sebanyak 2 Volt DC manakala bagi bateri yang rosak voltannya kurang daripada 1.9 volt DC.  Contoh ujian adalah seperti dalam gambarajah di bawah.
Bagi ujian dibawah pula, untuk bateri yang baru bacaan voltan adalah 0.2 Volt

Manakala ujian voltan seperti dibawah ini bagai bateri yang baru adalah 1.8 Volt DC.
Juteru itu, Voltan bateri yang baik adalah seperti berikut :

0.2 + 2.2 + 2.2 +2.2 +2.2 + 2.2 + 2.2 + 1.8 = 15 Volt

Biarpun bacaan Voltan Bateri kereta sebanyak 12 Volt, ianya tidak bermakna bateri tersebut mampu menghidupkan enjin atau memusingkan starter enjin.


1.       Ujian Berat air ( antara asid sulfrik dengan air suling )

Ujian elektrolik atau air dalam bateri perlu menggunakan alat hydrometer. Gambarajah di bawah menunjukkan air bateri atau elektrolik yang berkualiti amat tinggi.Warna merah menunjukkan air bateri yang tidak baik, Warna Kuning menunjukkan air bateri yang  baik manakala biru menunjukkan air bateri yang terbaik. ( Bergantung kepada jenis hydrometer. ada juga hydrometer seperti yang saya miliki warna paling atas adalah warna merah, bagi warna tengah adalah warna   putih manakala bagi warna bawah adalah warna hijau ).Air bateri yang rosak tidak akan mampu mengapungkan silinder penunjuk.Air bateri bagi bateri yang baru pula akan mengapungkan silinder penunjuk dalam kedudukan tengah. Kemungkinan Besar mengapa biarpun bateri yang baru dibeli tetapi bacaan Hydrometer hanya setakat bahagian tengah atau warna putih sahaja adalah pihak pembekal mengurangkan kandungan asid sulfurik.

1.        Ujian Ampiar Bateri

Ujian ampiar bateri bertujuan samada bateri tersebut mampu menghidupkan enjin atau memusingkan starter.Bagi Ujian ini,  saya menggunakan UPS ( suatu alat yang biasanya digunakkan oleh computer dimana sekiranya berlaku bekalan elektrik terputus, computer masih boleh digunakkan ).Selepas mencas bateri dengan alat pengecas bateri, alat UPS ini saya gunakan dengan cara cuba menghidupkan UPS tersebut melalui bateri.Bagi bateri yang baik, alat UPS akan dapat berfungsi manakala bagi bateri yang tidak baik pula alat UPS hanya akan dapat dihidupkan kurang 2 saat. Namun begitu, bergantung kepada jenis UPS.

Bagi ujian ini, saya telah menggunakan bateri No. 4 di mana selepas dicas selama 3 hari, ujian hydrometer menunjukkan pertengahan namun alat ups yang dipasang tidak mampu menghidupkan alat UPS tersebut.


Peranan Voltan,Ampiar , Air bateri dan Timah dalam Bateri

Voltan bateri bergantung kepada cas air bateri dalam bateri.Sekiraya cas air bateri kurang, maka voltan akan jatuh serta tidak mampu untuk memusingkan starter enjin kereta.Air bateri yang memgandungi air suling serta asid sulfrik seimbang juga berperanan menentukan ampiar untuk memusingkan starter enijn.Ini adalah kerana starter enjin memerlukkan sehingga 300 ampiar untuk berpusing.Kepingan Timah dalam bateri pula juga berperanan untuk menerima cas elektrik daripada pengecas ataupun alternator serta membekalkan cas elektrik kepada kenderaan.

Cara Menservis Bateri Sel Basah.
 Cara ini saya perolehi daripada para kenalan yang pernah bekerja di kedai menjual bateri.Salah seorang kenalan memaklumkan satu sebab bateri majikannya mampu bertahan lebih dari 4 tahun. Ini adalah kerana  bateri majikkannya akan diservis.Cara-cara tersebut adalah seperti berikut :

1.       Air bateri dibuang.
2.       Mencuci bateri dengan menggunakan air panas dimana air panas ini akan diisi pada tiap lubang bateri .
3.       Semasa air panas berada didalam bateri, bateri tersebut digoncang bertujuan memisahkan kerak timah yang melekat pada kepingan timah.Selepas itu air panas didalam bateri ini akan dibuang dan bertukar warna kehitaman menunjukkan bahawa kerak atau kotoran dalam bateri telah dibersihkan semasa kerja-kerja mengoncangkan bateri.
4.       Mengisi dengan air bateri yang berkualiti tinggi.Air bateri ini bukannya air bateri biasa yang ada dipasaran tetapi air bateri yang hanya ada dijual kedai bateri.Bagi Saya cara mengisi air bateri adalah air bateri mencapai paras sesentuh pada lubang bateri atau setengah inci dari lubang bateri dan tidak semesti mengikut garisan paras air bateri.Ianya bertujuan agar air bateri tersebut lebih lambat kering serta simpanan cas elektik lebih banyak.
5.       Membuat ujian voltan cas air bateri serta ampiar bateri.


Smart Automotive Battery
Tidak dinafikan apabila bateri kereta telah rosak atau lemah dan tidak mampu menghidupkan enjin kereta ianya merupakan suatu masalah yang agak besar apatah lagi masalah ini dihadapi ketika keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.Lebih malang lagi sekiranya masalah ini dihadapi di pertengahan jalan atau dalam keadaan berseorangan.Bagi kenderaan gear manual mungkin tidak sukar kerana boleh dihidupkan dengan cara menyorong kenderaan tersebut tetapi bagi kereta gear automatic ianya amat menyulitkan.  Inovasi Smart Automotive battery adalah merupakan suatu inovasi bertujuan menghindarkan pemilik kenderaan menghadapi masalah battery lemah atau rosak sebelum jangkahayat bateri yang sebenar. Semasa menjalankan kerja-kerja inovasi ini, sebanyak 5 kegagalan telah dihadapi berkenaan litar inovasi Smart Automotive Battery.Akhirnya pada 17 Jun 2013, selepas 7 hari mencuba pelbagai litar maka inovasi ini Berjaya dicipta dan berfungsi seperti yang diharapkan.Inovasi ini memberi isyarat melalui lampu LED .Antara fungsi Smart Automotive Battery adalah seperti berikut :
1.  Memberi isyarat kepada pemandu bahawa air bateri telahpun kurang.Ianya akan menghindarkan air bateri daripada kering tanpa disedari oleh pemilik kenderaan.
2.  Memberi isyarat kepada pemandu bahawa cas bateri telah kurang.Ianya bertujuan memaklumkan pemandu bahawa voltan bateri telah jatuh.Keadaan ini biasanya berlaku apabila selepas enjin dihidupkan contohnya apabila starter berpusing, sedikit cas pasti akan kurang  ataupun semasa sedang berada dalam perjalanan, lampu LED yang menyala menunjukkan bahawa cas bateri telah berkurang akibat peralatan elektrik dalam kenderaan terlalu banyak sedang digunakan dan perlu dimatikan antara salah satunya bagi memulihkan cas bateri.
3. Memberi isyarat kepada pemandu bahawa kenderaan tidak berada dipermukaan yang rata atau tidak seimbang.Ianya adalah disebabkan goncangan serta gravity air dalam bateri.
4.   Memberi isyarat kepada pemandu bahawa jangkahayat bateri akan tamat atau bateri tersebut perlu diservis.

Smart Automative Battery
sebelum dipasang pada kenderaan

Smart Automotive Battery
yang sedang diuji dan dipasang pada kenderaan.

Inovasi  Kunci Penyambung Bekalan Elektrik 

inovasi ini sesuai bagi pengusaha hotel rendah harga yang bertujuan ingin mengamalkan penjimatan elektrik.Kunci bilik tersebut merupakan suis utama bilik penginapan bagi menghidupkan bekalan elektrik terutama sekali alat penghawa dingin,pemanas air kamar mandi serta lampu.



 Inovasi Litar Penghalang Kenderaan dilarikan.

inovasi ini merupakan litar menghindarkan kenderaan dilarikan.Setiap kali brek tangan kenderaan di turunkan, buzzer akan berbunyi selama 10 saat menandakan enjin akan dimatikan sekiranya suis mematikan sistem ini tidak di tekan,Suis tersebut pula tersembunyi yang mana hanya diketahui oleh si pemilik kenderaan.


Inovasi Penghalau Burung di Sawah Padi

Inovasi ini mengeluarkan bunyi yang nyaring sekiranya terdapat burung yang berterbangan atau menghinggap pokok padi di sawah.Ianya juga berfungsi menggerakkan tali untuk menghalau burung tadi.Inovasi ini menggunakan bateri 12Volt



 Inovasi Litar Untuk tambahan bekalan bahanapi Enjin
Inovasi ini berfungsi bagi membekalan bahanapi petrol untuk enjin turbo agar ianya dapat memenuhi kehendak bahanapi tersebut pada enjin.



 Inovasi Pam Stesyen Minyak
inovasi ini adalah sesuai bagi penjual minyak yang berada di pedalama yang berdaftar dengan KPDNKK untuk meudahkan kerja-kerja mengisi minyak.Inovasi ini menggunakan kuasa elektrik 12Volt.


Inovasi Pengimbang Bekalan Elektrik
Inovasi ini boleh membantu mengimbangkan bekala elektrik agar bateri kereta tidak mudah rosak.

Inovasi Penarik Saf Pembersih Paip
Inovasi ini adalah alat menarik alat saf pembersih Paip yang terlepas daripada ikatan skru dan tertinggal didalam paip tersebut.



Inovasi Perangkap Minyak, Lelemak dan penjernih Air

Inovasi ini adalah alat untuk menapis minyak enjin terpakai atau lelemak sisa masakan.Ianya dipasang pada bawah singki ataupun parit.





Inovasi Smart Charger For SHB

inovasi ini adalah alat pelengkap bagi inovasi Smart Handphone Box yang bertujuan mengecas bateri dan memudahkan pemilik mengecas bateri.

Penunjuk Isi kandungan Air bateri
Inovasi ini membantu pemilik kenderaan mengisi air bateri terutama sekali bagi golongan warga emas.
Soket Jangkamasa
Inovasi ini adalah soket yang digunakan untuk alat pemanas .Ianya akan memutuskan bekalan elektrik pada masa yang ditetapkan bagi mengelakkan pembaziran elektrik ataupun litar pintas .

Lampu Kalimantang mesra Juruletrik

Inovasi ini adalah berfungsi memudahkan juruletrik melakukan kerja-kerja pembaikkan tanpa menurunkan tiub lampu serta plat pelindung.


Penyambung T Paip Bijak

Inovasi ini digunakan untuk memberi isyarat andaikata ada bahan yang menyebabkan paip tersumbat.



Inovasi Pengunci Selak Wireless

Inovasi ini meningkatkan keselamatan pintu dengan mengunci selak pintu mengunakkan alat kawalan jauh.

Inovasi Serbuk Kalis air jubin tandas

Inovasi serbuk ini adalah untuk menjimatkan perbelanjaan sekiranya jubin tandas meresapkan air lalu menitiskan air tersebut ke tandas apartmen bawah.